Monday, December 14, 2009

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2010


Selamat Datang Ke Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah

Pendidikan seimbang antara dunyawi dan ukhrawi yang berteraskan kepada kaedah Pendidikan Rasulullah s.a.w amat diperlukan oleh masyarakat sepanjang zaman.Ini telah terbukti dan berjaya merubah diri insan seseorang itu agara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, beliau mengatakan:

“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang berlaku”.

Oleh itu, untuk melihat maju atau mundur sesebuah negara bergantung kepada genarasi mudanya. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagai wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi.

Marilah bersama menjadi salah seorang dari warga kami. Moga Tuhan sudi merestui segala niat dan usaha kita….. Amin

No comments:

Post a Comment