SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHAMSUDDINIAH
PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU,
LEDANG, JOHOR
LAPORAN GURU PENOLONG KANAN (HEM)
MESYUARAT KALI KE 3 GURU-GURU SMAS
PADA 20 NOV 2009.
1. Pengambilan Pelajar Baru:
a. Promosi memperkenalkan SMAS kepada Murid Tahun 6.
b. Edaran iklan
c. Mencetak iklan
d. Pengambilan terbuka pada 5 Dis 09.
e. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 pada 26 Dis 09.
f. Minggu Suai Kenal sehingga 3 Jan 10.
g. Penglibatan Alumni dalam minggu suai kenal
2. Lembaga Pengawas Sekolah:
a. Temuduga Pengawas lama
b. Temuduga Pengawas Baru
c. Pakaian Pengawas Baru.
d. Seorang Pengawas untuk 10 orang pelajar (1:10)
e. Program 1:10 merangkumi waktu prep dan perhimpunan
3. Cadangan baik pulih dan pembenaan:
a. Laporan kerosakan telah dihantar kepada Penyelia Bangunan
b. Baik pulih bilik penyelia asrama
c. Menyelenggara tingkap yang tidak boleh dibuka.
d. Membaik pulih kolam ikan
e. Mengosok meja yang compang-camping
f. Membuat bendera sekolah
g. Menempah pakaian seragam tukang kebun/sapu
h. Menanam pinang merah
i. Menempah Vest untuk pengawal
j. Memasang PA Sistem di Balai Pengawal
4. Resuffle Kakitangan sekolah
a. Pembantu makmal - oleh JPS
b. Pengawal Keselamatan – oleh JPS
c. Pengambilan kakitangan baru – oleh JPS
5. Perjumpaan dengan Pengawal Keselamatan:
a. Pemeriksaan bag pakaian pelajar waktu masuk kawasan sekolah
b. Melakukan Rondaan
c. Tugas-tugas lain jika dikehendaki.
6. Perjumpaan dengan Kakitangan Sokongan
a. Etika kerja
b. Kerja sama-sama
c. Tolak ansur.
d. Budi bicara.
|
|
مدرسة شمس الدينية الثانوية
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHAMSUDDINIAH
Ucapan Penghargaan
قال الله تعالى : وَاعْتَصَمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَتَفَرَّقُوْا
Dengan Ini Disampaikan Ucapan Setinggi-Tinggi Penghargaan
Dan Terima Kasih kepada Guru Besar, Guru-guru dan
Para Pelajar Sekolah-Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat,
Kundang Ulu, Pencu, Sawah Ring,
Bukit Gambir, Pekan Spg 5, Spg 5 Darat, Pt Kassan
dan sekitar DUN Bkt Serampang & Pagoh
Yang tidak dapat disebutkan satu persatu di ruangan ini,
di atas kerjasama
Membenarkan Program Promosi Sekolah Menengah Shamsuddiniah
pada sepanjang bulan November 2009 yang lalu.
Semoga Bertambah Erat ikatan silaturahim.
Pengetua TARIKH : 8 hbNovember 2009
SMA SHAMSUDDINIAH
BENGKEL PENYEDIAAN
MODUL
MEMPERKASAKAN PELAJAR
DALAM BIDANG TAHFIZ
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
NEGERI JOHOR
TAHUN 2009
KERTAS CADANGAN
MODUL
TEKNIK DAN ALAT BANTU MENGAJAR
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KURIKULUM TAHFIZ AL QURAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
NEGERI JOHOR.
OLEH:
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang
USTAZ NURZAIDI BIN MAHMOD
USTAZ ZULKARNAIN BIN MASRAN
USTAZ MOHD FIRDAUS BIN MAHFODZ
Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Parit Medan
USTAZ AHMAD RAZUAN BIN KATIMIN
USTAZ HJ MOHD KASBOLLAH BIN HJ MOHD SATARI
USTAZ MOIIN BIN SUPER
Sekolah Menengah Agama Khairiah, Segamat
USTAZ MASIRAN BIN BASIR
USTAZ AWIS BIN AYUB
USTAZ ABD MANAP BIN RAHMAT
ANJURAN:
SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR
UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR
KERTAS CADANGAN
MODUL ALAT BANTU MENGAJAR DAN TEKNIK
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURIKULUM TAHFIZ AL QURAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR.
BIL | TEKNIK | ALAT BANTU MENGAJAR |
1. | Teknik "Chunking" 1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. 2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. 3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. 4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya. 5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya. | Kad imbasan Bahan: kad manila Kertas sebak Bahan elektronik: Microsoft word Microsoft powerpoint LCD/PC |
2. | Teknik Mengulang 1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kalisebelum berpindah ke ayat seterusnya. 3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. 4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. 5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya. | Hardware: Walkman Radio kaset MP3 HP Myiman Software : Al quran digital Mp3 audio |
3. | Teknik Tumpu dan Ingat 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. 2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf. 4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup. | Bahan: Gambarajah Replika mulut Software: CD al quran |
4. | Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 1. Pilih seorang teman yang sama minat. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. | Mushaf al Quran |
5. | Teknik Mendengar Kaset/cakera padat 1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. 2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. 4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. 5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan. | Radio kaset Walkman Pemain mp3 Audio al quran- qari bangsa Arab cthnya Mahmud Khalil al Khusairy |
6. | Teknik Merakamkan Suara/ latih tubi 1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset. Dengar semula untuk memastikan bacaan / hafalan yang betul. 2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya. | Perakam suara Software al Quran |
7. | Teknik Menulis 1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas. | Alat tulis |
8. | Teknik "Pointers" dan "Keyword" 1. Buat beberapa kotak. 2. Setiap kotak merupakan satu muka surat. 3. Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. 4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. | Alat tulis |
9. | Teknik Menghafal Sebelum Tidur 1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. | Walkman Hand phone pelbagai fungsi |
10. | Teknik "Mindmaping" 1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. 2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau
rubu'. 3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'. | Alat tulis Lembaran bercetak. |
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Lazim menunaikan solat hajat kepada Allah.
4. Lazim mengerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.
Lampiran 1
Masalah yang dihadapi di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz :-
1) Kekurangan tenaga pengajar subjek tahfiz
2) Kekangan masa pengajaran dan pembelajaran subjek tahfiz
3) Bebanan subjek yang terlalu banyak iaitu SMRA dan SMA
4) Pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan untuk menghafaz dengan cepat
5) Pelajar yang lemah dari segi penulisan dan tajwid
Cadangan Alat Bantu Mengajar sesi pengajaran dan pembelajaran tahfiz.
1) Digital Al-Quran
§ Membantu pelajar memperbaiki bacaan Quran dengan mendengar bacaan imam yang masyhur.
§ Menjadi alat bantuan bacaan dan ulangan hafazan pada waktu lapang.
§ Membantu melahirkan minat pelajar menghafaz dengan menggunakan media elektronik.
§ Membantu guru memperdengarkan bacaan Al-Quran.
2) Kad Imbasan / Manila Kad / Kertas Sebak
§ Membantu dan melatih pelajar menguasai ilmu tajwid.
§ Digunakan dengan melihat hukum tajwid potongan ayat-ayat al-Quran
§ Membantu menerangkan hukum-hukum tajwid
3) LCD / Komputer
§ Membantu memberikan paparan menarik pada kelas ulangan
§ Melatih pelajar mendengar bacaan Al-Quran.
4) Gambarajah / Replika mulut
§ Menunjukkan kedudukan makhraj huruf