Monday, December 14, 2009

KERTAS CADANGAN MODUL PENGAJARAN KELAS TAHFIS

BENGKEL PENYEDIAAN

MODUL

MEMPERKASAKAN PELAJAR

DALAM BIDANG TAHFIZ

SEKOLAH MENENGAH AGAMA

NEGERI JOHOR

TAHUN 2009

KERTAS CADANGAN

MODUL

TEKNIK DAN ALAT BANTU MENGAJAR

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KURIKULUM TAHFIZ AL QURAN

SEKOLAH MENENGAH AGAMA

NEGERI JOHOR.

OLEH:

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang

USTAZ NURZAIDI BIN MAHMOD

USTAZ ZULKARNAIN BIN MASRAN

USTAZ MOHD FIRDAUS BIN MAHFODZ

Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Parit Medan

USTAZ AHMAD RAZUAN BIN KATIMIN

USTAZ HJ MOHD KASBOLLAH BIN HJ MOHD SATARI

USTAZ MOIIN BIN SUPER

Sekolah Menengah Agama Khairiah, Segamat

USTAZ MASIRAN BIN BASIR

USTAZ AWIS BIN AYUB

USTAZ ABD MANAP BIN RAHMAT

ANJURAN:

SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR

UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR



KERTAS CADANGAN

MODUL ALAT BANTU MENGAJAR DAN TEKNIK

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURIKULUM TAHFIZ AL QURAN

SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR.

BIL

TEKNIK

ALAT BANTU MENGAJAR

1.

Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada

beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.

2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian

(2 atau 3 bahagian) yang sesuai.

3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya

mengikut pertukaran cerita.

4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah,

hizib, rubu', cerita dan sebagainya.

5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10

juz dan sebagainya.

Kad imbasan

Bahan:

kad manila

Kertas sebak

Bahan elektronik:

Microsoft word

Microsoft powerpoint

LCD/PC

2.

Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima

kali sebelum mula menghafalnya.

2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kalisebelum

berpindah ke ayat seterusnya.

3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang

beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.

4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum

diteruskan ke muka surat seterusnya.

5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang

bahagian yang sebelumnya.

Hardware:

Walkman

Radio kaset

MP3

HP Myiman

Software :

Al quran digital

Mp3 audio

3.

Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.

2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.

3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali

kepada mashaf.

4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut

dengan mata tertutup.

Bahan:

Gambarajah

Replika mulut

Software:

CD al quran

4.

Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.

2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang

kedua.

3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang

pertama.

4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

Mushaf al Quran

5.

Teknik Mendengar Kaset/cakera padat

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa

qari' bagi surah-surah tertentu.

2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin

dihafal beberapa kali.

3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga

terpahat di fikiran.

4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari'

tersebut.

5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau

tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu

penghafalan.

Radio kaset

Walkman

Pemain mp3

Audio al quran- qari bangsa Arab cthnya Mahmud Khalil al Khusairy

6.

Teknik Merakamkan Suara/ latih tubi

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset. Dengar semula untuk

memastikan bacaan / hafalan yang betul.

2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu bapa atau guru kemudian

diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak

tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga

menghafalnya.

Perakam suara

Software al Quran

7.

Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.

2. Kemudian semak semula dengan mashaf.

3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau

setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

Alat tulis

8.

Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.

2. Setiap kotak merupakan satu muka surat.

3. Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi

keyword bagi mukasurat tersebut.

4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

Alat tulis

9.

Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.

2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan tersebut dan

bayangkan posisi-nya di minda kita.

3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana

yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan

ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

Walkman

Hand phone pelbagai fungsi

10.

Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat

pertama rubu' tersebut dicabangnya.

2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau

rubu'.

3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang

lebih kecil bagi rubu'.

Alat tulis

Lembaran bercetak.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.

2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.

3. Lazim menunaikan solat hajat kepada Allah.

4. Lazim mengerjakan solat Taqwiyatul hifz.

5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.

6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.

7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk.

8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.

Lampiran 1

Masalah yang dihadapi di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz :-

1) Kekurangan tenaga pengajar subjek tahfiz

2) Kekangan masa pengajaran dan pembelajaran subjek tahfiz

3) Bebanan subjek yang terlalu banyak iaitu SMRA dan SMA

4) Pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan untuk menghafaz dengan cepat

5) Pelajar yang lemah dari segi penulisan dan tajwid

Cadangan Alat Bantu Mengajar sesi pengajaran dan pembelajaran tahfiz.

1) Digital Al-Quran

§ Membantu pelajar memperbaiki bacaan Quran dengan mendengar bacaan imam yang masyhur.

§ Menjadi alat bantuan bacaan dan ulangan hafazan pada waktu lapang.

§ Membantu melahirkan minat pelajar menghafaz dengan menggunakan media elektronik.

§ Membantu guru memperdengarkan bacaan Al-Quran.

2) Kad Imbasan / Manila Kad / Kertas Sebak

§ Membantu dan melatih pelajar menguasai ilmu tajwid.

§ Digunakan dengan melihat hukum tajwid potongan ayat-ayat al-Quran

§ Membantu menerangkan hukum-hukum tajwid

3) LCD / Komputer

§ Membantu memberikan paparan menarik pada kelas ulangan

§ Melatih pelajar mendengar bacaan Al-Quran.

4) Gambarajah / Replika mulut

§ Menunjukkan kedudukan makhraj huruf

No comments:

Post a Comment