Tuesday, December 15, 2009

CARTA ORGANISASI SMAS


SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHAMSUDDINIAH

PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU,

LEDANG, JOHOR





Monday, December 14, 2009

SEJARAH SMAS

PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, merupakan sebuah sekolah Menengah Agama (Rakyat) di Negeri Johor. Ia terletak di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar. Jarak perjalanan dari Bandar Muar ialah sejauh 45 km. Kedudukannya yang jauh dari kesibukan bandar ini memberikan satu keistimewaan kepada sekolah ini, di mana ia sering menjadi pilihan ibu bapa yang mahu memberikan anak-anak mereka didikan agama yang sempurna di samping untuk mengelakkan mereka dari gejala sosial yang kian meruncing dewasa ini.

Meskipun pelbagai paparan tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR) diketengahkan, alhamdulillah sekolah ini masih berdiri teguh malah semakin pesat membangun memandangkan saban masa ada sahaja golongan yang ingin memberi khidmat bakti.

SEJARAH SEKOLAH

Seandainya ditelusuri sejarah pendidikan negara pada dekad awal penjajahan British, kebanyakan masyarakat Islam mendapatkan pendidikan secara tidak formal di madrasah-madrasah yang ditubuhkan oleh ulama-ulama terkenal ketika itu. Fenomena ini sememangnya sudah lama diterima oleh masyarakat di Semenanjung Malaysia semenjak Syiar Islam mula bertapak di rantau ini. Bagi memenuhi tuntutan agama agar setiap umatnya menuntut ilmu maka lahirlah Madrasah Shamsuddiniah Assalafiah pada tahun 1940, selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 12 mei tahun yang sama.

Seperti madrasah-madrasah di negeri-negeri lain, pelajaran-pelajaran yang diajar di Madrasah Shamsuddiniah ialah pelajaran-pelajaran agama seperti tauhid, fiqh, hadis, nahu, saraf dan lain-lain.

Menjelang tahun 1956, tanpa pertambahan prasarana dan jumlah pelajar yang ramai, madrasah ini mula mengubah kurikulum mengikut kehendak sistem pendidikan yang diamalkan oleh sekolah-sekolah Arab negeri Johor ketika itu. Bermula dengan perubahan kurikulum itulah, pada tahun 1969 Madrasah Shamsuddiniah dengan rasminya didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama (Rendah) negeri Johor di Jabatan Agama Johor. Madrasah ini didaftarkan di bawah JAIJ untuk mengiktiraf kewujudannya sebagai institusi pendidikan yang sah. Walaupun demikian sehingga tahun 1985, pengurusan dan pentadbiran madrasah ini masih di tahap yang lama. Keadaan ini sebenarnya memberikan satu impak yang sangat berkesan dalam menentukan arah dan masa depan Madrasah Shamsuddiniah. Sesungguhnya sebagai sebuah sekolah agama yang sangat dikagumi dan dihormati pada suatu ketika dahulu (khususnya dalam tahun 1950an), kesinambungan peranan madrasah ini dalam pendidikan Islam di tanah air memerlukan suatu jalan penyelesaian yang sangat teliti.

Pengajian:

Mengorak langkah sebagai sebuah institusi pendidikan yang baru dikenali, madrasah ini pada awalnya hanya mempunyai satu bangunan sekolah yang mampu menempatkan lebih 50 orang pelajar lelaki. Sistem pendidikan yang berorientasikan ‘pondok’ itu sememangnya beroperasi dalam suasana yang serba kekurangan. Namun begitu, para pelajar sentiasa menikmati suasana pembelajaran yang menyenangkan sehingga ramai dalam kalangan mereka mampu menguasai bahasa Arab dengan baik ditambah dengan penggunaan bahasa jawa dan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Pada tahun 1969, waktu belajar dua sesi telah dilaksanakan mengikut ketetapan kurikulum oleh pihak JAIJ. Pada tahun itu juga madrasah ini ditadbir bersama-sama dengan JAIJ dengan penetapan waktu belajar pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari untuk sesi pertama manakala sesi kedua berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Madrasah ini seterusnya melalui perkembangan yang pesat bermula dari awal tahun 1970an. Ia telah menyebabkan cabang pendidikan yang sealiran dengan arus pendidikan negara menyerap ke dalam sistem pendidikan tradisi yang telah diwarisi sejak tahun 1940an. Pada ketika itu, kelas-kelas akademik kebangsaan di bawah kelolaan Maktab Adabi yang menjayakan program ‘Akademik Daya’ telah dilangsungkan pada waktu petang, khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Sehubungan dengan ini, para pendidik yang berpengetahuan dalam aliran kebangsaan telah mula berkhidmat dan mula bertambah dengan ramai bermula pada awal tahun 1990an. Penawaran pendidikan peringkat SRP telah diikuti dengan pertukaran kepada PMR dan seterusnya penawaran pendidikan peringkat SPM telah menarik perhatian golongan pelajar dari hampir seluruh daerah di negeri Johor dan juga dari negeri-negeri yang berhampiran seperti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkembangan pendidikan agama peringkat tinggi di Semenanjung Malaysia dan Negeri Johor khasnya telah membuka peluang yang begitu luas kepada para pelajar untuk menimba pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ia turut membawa kepada perubahan yang besar terhadap kurikulum pendidikan agama di mana kurikulum yang berasaskan Kurikulum Maahad Bu’uth al-Azhar telah diterima dan digunapakai.

Sesungguhnya perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat diharapkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa ilmuan Islam tidak hanya memiliki dan menguasai ilmu agama semata-mata tetapi juga ilmu sains dan ilmu-ilmu duniawi yang lain yang mampu membuat orang bukan Islam bukan hanya belajar tetapi turut merampasnya dari orang Islam.

Pelajar Dan Tenaga Pengajar:

Ketika dekad awal penubuhannya, bilangan tenaga pengajar seramai 8 orang telah menjadi tunggak pembangunan intelek dan spiritual di madrasah ini. Biarpun mengalami perubahan fizikal dengan pertambahan satu lagi bangunan sekolah pada tahun 1960, namun bilangan pelajar dilihat jauh merosot berbanding pada tahun 1940an dan 1950an. Dengan bilangan pelajar seramai 300 orang, bilangan tenaga pengajar yang ada hanya seramai 7 orang sahaja berbanding dua puluh tahun sebelumnya.
Bermula pada awal tahun 1970an, pelajar perempuan sudah mula mendaftar untuk mendapatkan pendidikan formal yang berasaskan ilmu agama. Rata-rata pelajar berasal dari Selangor, Melaka, Perak, Brunei, Indonesia dan negeri Johor sendiri. Perkembangan ini telah menyebabkan wujudnya 2 blok asrama yang lebih selesa untuk pelajar perempuan dan 3 blok asrama untuk pelajar lelaki. Pertambahan prasarana ini telah menarik perhatian penduduk beberapa negeri yang dahagakan ilmu untuk ke sini. Kemudahan perpustakaan dan kantin yang disediakan menaikkan lagi taraf bagi sistem yang sedia wujud.
Seawal tahun 1947, pelajar lulusan ibtidaiyah di sekolah ini sudah mula terhasil. Lulusan pertama sekolah ini ialah Ustaz Haji Khanan bin Haji Sulaiman. Beliau merupakan lulusan pertama sekolah yang memulakan perkhidmatan di sekolah ini sejurus selepas menamatkan pengajian di peringkat tersebut. Beliau bersara daripada perkhidmatan selepas menabur jasa selama 51 tahun menjadi guru di sekolah ini pada tahun 1999. Pada tahun 1975 madrasah ini telah melakukan anjakan kurikulum yang mula memberikan cabang fokus kelas akademik aliran Kebangsaan. Sebagai pelengkap kepada kewujudan cabang kurikulum yang baru ini, guru perempuan pertama sekolah ini iaitu Puan Norhayah binti Pandi telah memulakan tugas. Meskipun telah berkhidmat lebih 25 tahun, namun pengalaman dan jasa-jasa serta khidmat bakti beliau masih lagi diperlukan sesuai dengan tuntutan semasa sekolah untuk menjayakan visi sucinya melahirkan generasi yang seimbang dalam semua aspek.
Walau bagaimana pun menjelang tahun 1977, jumlah pelajar merosot apabila hanya seramai 73 orang sahaja yang mendaftar pada tahun tersebut.
Guru-guru berijazah pula telah mula mendapat tempat di sekolah ini pada tahun 1997 bagi mengisi kekosongan jawatan yang pada ketika itu sudah mula menitikberatkan aspek kelulusan sebagai kriteria utama untuk diterima bertugas. Di samping itu juga, pihak sekolah telah melantik Penyelia Asrama serta Kerani Kewangan dan Pentadbiran untuk memastikan kelicinan pengurusan sekolah dan asrama. Jawatan Pembantu Am Rendah (PAR) hanya diwujudkan pada tahun 2000 diikuti dengan pengambilan Pengawal Keselamatan sebagai staf sokongan pada tahun 2002.

Pentadbiran:

Berikutan dengan pemergian Almarhum Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin bin Haji Reduan, pengasas madrasah ini, pentadbiran madrasah turut berubah. Pentadbiran telah dilaksanakan secara jamaah, yang kebanyakannya terdiri daripada warisnya. Ia dikenali sebagai Jemaah Pengurusan Sekolah (J.P.S).

Kebajikan Staf:

Perkembangan dan pembangunan sekolah ini telah turut mengambil kira kebajikan staf di mana elaun perkhidmatan turut ditingkatkan dari kedudukan yang kurang stabil kepada bayaran elaun yang dapat diistilahkan sebagai mampu untuk menyara kehidupan para guru dan kakitangan madrasah.
Pelarasan gaji kali pertama telah dilaksanakan berkuatkuasa pada awal tahun 2000 dan kali kedua pada awal tahun 2002. Sehubungan dengan ini, jawatan secara kontrak untuk setiap guru dan kakitangan turut dilaksanakan untuk tempoh masa dua tahun sebelum ia diperbaharui semula. Dalam usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan, guru-guru yang berkelayakan telah dihantar berkursus secara Kursus Dalam Cuti (KDC) seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).

Prasarana:

Pada tahun 1985, pihak JAIJ aktif memberi bantuan bagi memenuhi keperluan fizikal sekolah khusus untuk memberikan kemudahan demi keselesaan para pelajar. Rentetan itu, asrama perempuan dibaikpulih dengan kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak JAIJ. Dua tahun kemudian, pihak JAIJ telah mula memberikan bantuan air, elektrik, kipas dan kerusi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada ketika itu juga kelas akademik aliran Kebangsaan dan Arab telah dijalankan dalam satu sesi sahaja.

Pertambahan satu bangunan sekolah yang mempunyai perpustakaan serta 2 buah asrama lelaki dan 2 buah asrama perempuan lengkap dengan kemudahan asas berlaku pada tahun 1990. Bagi mewujudkan keseimbangan dalam aspek jasmaniah dan intelektual, satu gelanggang sepak takraw dan badminton turut dibina untuk kemudahan para pelajar menjalani riadah pada waktu petang. Pada tahun itu juga, Lembaga Pengawas dan Disiplin Sekolah serta peraturan sekolah secara rasminya telah diwujudkan.

Pihak sekolah telah mendapat peruntukan bangunan batu sepenuhnya pada tahun 1991 yang menempatkan bahagian pentadbiran dan kelas. Berikutan dengan pertambahan pelajar, maka pada tahun 2001, pihak madrasah telah mendapat peruntukan pembangunan untuk membina kompleks Madrasah yang meliputi asrama pelajar serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran iaitu bilik kelas, makmal komputer, makmal sains dan sains tulen, bilik tayangan yang lengkap dengan laptop, LCD, radio dan televisyen, perpustakaan, bengkel kemahiran hidup dan dewan.

Adalah diharapkan ia akan dapat menjana pendidikan warganya agar dapat melahirkan warganegara yang berpendidikan dan beriman serta mampu mengharungi cabaran semasa yang semakin hebat. Peningkatan taraf turut dilakukan ke atas bangunan yang sedia ada untuk membolehkannya beroperasi dengan lebih mantap dan berkesan. Penempatan pelajar yang dibina telah mampu menampung sehingga anggaran 350 orang pelajar dalam satu masa.
Perkembangan yang berlaku di Madrasah Shamsuddiniah dari semasa ke semasa ini adalah sejajar dengan matlamat pendidikan Kebangsaan. Walaupun pada asalnya ia adalah sebuah sekolah pondok yang serba kekurangan tetapi kini ia mampu berdiri sama teguh dengan sekolah-sekolah lain dan berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya di dalam pelbagai bidang keilmuan. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha yang telah dilakukan oleh pengasas, pengusaha dan tenaga pengajar sekolah ini. Amin.

Kemasukan aliran akademik dalam sistem persekolahan pada tahun 1987 telah memberikan satu cara atau jalan penyelesaian yang bertepatan dengan perkembangan semasa. Apatah lagi pendidikan semasa pada tahun-tahun selepas kemerdekaan negara, disampaikan dengan pelbagai kaedah dan peralatan moden yang tentunya menggugat kepada pendidikan Islam yang lebih banyak terikat kepada kehendak tradisi dan tuntutan agama.

BIOGRAFI DATO KIYAI HJ SHAMSUDDIN BIN HJ REDZUAN

dato kiyai

Dato’ Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah seorang tokoh ulama tanahair yang disegani. Beliau lahir di Kepet, Madiun, Jawa Timur pada 11 November 1911. Menimba ilmu dari beberapa pesantren di Pulau Jawa sebelum berhijrah ke Malaysia, antaranya ialah Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng yang masyhur. Beliau merupakan pendiri Madrasah Shamsuddiniah Assalafiah yang didirikannya pada tahun 1940. Madrasah ini terletak di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor Darul Takzim dan masih ada sehingga kini. Kini ianya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah. Selain daripada terlibat terus dalam bidang pendidikan, Dato Kiyai juga pernah memegang pelbagai jawatan penting di Negeri Johor, antaranya sebagai penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis DiRaja Johor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor. Beliau juga bukan sahaja alim dalam ilmu-ilmu agama, bahkan ahli dalam ilmu-ilmu pertahanan diri. Semasa zaman “Bintang 3″ beliau adalah antara tokoh yang berjuang menentang pihak komunis dan mengerahkan anak-anak muridnya untuk berjuang sama demi mempertahankan maruah agama. Dato’ Kiyai menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Ramadhan 1418 (9 Januari 1997) meninggalkan 18 orang anak termasuklah Shohibus Samahah Datuk Haji Mohd. Tahrir, mufti Johor sekarang.

dato kiyai2

Di antara karya beliau adalah sebuah kitab himpunan sholawat berjodol “Majmuu’atush Sholawaat” yang mengandungi berbagai sholawat yang masyhur termasuklah Sholawat Tafrijiyyah dan Sholawat Syifa`. Pada mukaddimahnya pula disebut, antara lain hadits “lawlak” yang tidak lepas dari khilaf ulama mengenainya. Ada ulama yang mentsabitkannya, ada yang menolaknya dan ada pula yang walaupun tidak mentsabitkannya tetapi menyatakan bahawa maknanya shohih. Insya-Allah wa bi ‘awnihi, nantilah kita cuba bicarakan mengenainya. Apa yang zahir dari karya Dato’ Kiyai ini, beliau nampaknya tergolong dalam kalangan ulama yang mensabitkan hadits tersebut. Dalam mukaddimahnya tersebut beliau menulis antara lain:-

Sholawat itu satu amalan atau satu ibadah yang sangat-sangat besar pahalanya dan dituntut pada tiap-tiap orang mukminin memperbanyakkan sholawat atas Rasulullah (se)bagaimana firman Allah s.w.t.:

إن الله و ملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما

Dan tiada syak lagi bahawa Rasulullah itu ‘waashitah’, bahkan Rasulullah itu:

أصل الإيجاد لكل مخلوق
كما قال ذو العزة والجلال: لولاك لما خلقت الأفلاك

“Asal bagi kewujudan setiap makhluk”, sebagaimana firman Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran (yakni dalam hadits qudsi) yang ertinya: ” Jika tidak wujud Rasulullah, Allah ta’ala tidak menjadikan bumi dan langit.”

Sungguh Junjungan Nabi itu adalah sebab bagi kewujudan segala yang ada di alam ini. Maka hendaklah kita sentiasa menjaga hubungan dengan orang yang menjadi sebab bagi kewujudan kita. Malanglah sesiapa yang memutuskan hubungan dengan baginda. Moga Allah merahmati Kiyai Haji Shamsuddin dan menempatkan beliau bersama para sholihin.
:: FALSAFAH DAN OBJEKTIF

Falsafah:
Berusaha secara berterusan untuk melahirkan warganegara yang berilmu, beriman kepada Allah dan beramal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk membentuk sahsiah, sikap, kemahiran dan pegangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat dan negara ke arah mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Objektif:
Menyediakan peluang pembelajaran yang bersepadu untuk menyuburkan bakat, kebolehan dan minat serta melengkapkan individu dengan ilmu yang seimbang yang mampu memberi kesempurnaan dan kebahagian hidup kepada semua warga SMAS.

FASILITI SEKOLAH

FASILITI SEKOLAH

Menjelang awal tahun 2000 SMAS telah menerima suntikan kewangan oleh pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan Agama Islam Johor dan Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan lagi pembangunan Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah. Antara pembangunan yang di terima ialah pertambahan beberapa blok bangunan untuk dijadikan kelas,makmal dan lain-lain lagi. Berikut ialah kemudahan yang terdapat di dalam sekolah ini :

* Pusat pentadbiran.
* Kelas yang selesa.
* Makmal Sains.
* Bilik Komputer.
* Perpustakaan.
* Bilik tayang.
* Bilik pengawas.
* Bilik Kaunseling.
* Dewan.
* Stor KHB (Peralatan Kemahiran Hidup ) dll.
* Kenderaan Sekolah

bgnutama
dewan
makmal
maktabah
verandah
dataran
_________________________________________________________
PRASARANA – ASRAMA
aspurabiliktamuaspurigelanggang
akuarium
Tindakan

* edit Ubah

One response

10 09 2009
SUHADA AQILAH AULIA BT ABD JALIL,NUR FATEHA BT YUNOS,IZNI NADIAH BT USJAH,AMIRAH SYAFIQAH BT ANUAR (14:36:30) : sunting

Kami bekas warga terpelajar smas,batch 2006,bekas LPDS,KETUA BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ASRAMA 2005/2006,BEKAS KETUA DAKWAH 2006,BEKAS PEMAIN BOLA TAMPAR N JARING, ingin memberi pendpt;
1) jaga kebersihan asrama dn sek.
2)LPDS haruslah memainkn peranan yg penting dlm mntdbir pljr2,bukn pljr2 yg mntdbir LPDS.
3)sukan hendaklah aktif sepertimana dahulu.
4)kekalkan lagu asrama puteri sepertimana yang sering di nyanyikan sebelum bermulanya gotong-royong mgguan.

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

PIBG

LAPORAN PERSATUAN IBU BAPA SEK MEN AGAMA SHAMSUDDINIAH

2009

1.0 SENARAI AJK PIBG SMA SHAMSUDDINIAH SESI 2008/2010

Bil Nama Jawatan
1 Tn Hj Kasman Bin Tahir YDP
2 En Wahid Bin Miskon Naib YDP
3 Ust Lukman Bin Hj Md Sawari Setiausaha 1
4 Ustz Aishah Binti Mohd Jalil Setiausaha 2
5 Ustz Lizahalbi Binti Ismail Bendahari
6 Tn Hj Ahiar Bin Abdl Manaf AJK
7 En Rahim Bin Mohd AJK
8 Pn Uminah Binti Ithnin AJK
9 En Ahmad Rashid Bin Ahmad Nordin AJK
10 Pn Rofeah Binti Besah AJK
11 Tn Hj Ahmad Hambali Bin Dato’ Kiyai Hj Shamsudin AJK
12 En Muhammad Bin Parikutty AJK
13 En Mohd Mubin Bin Hj Hadi AJK
14 Ust Hj Mohd Kasbollah B Mohd Satari AJK
15 Ustz Zawiah Binti Othman @ Salleh AJK
16 Ust Mohd Zunnurain B Mohd Juman AJK
17 Ust Zahari Bin Othman @ Salleh AJK

2.0 MESYUARAT PIBG SEPANJANG 2009

1- Tarikh : 16 Januari 2009
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMA Shamsuddiniah
Kehadiran : 14 AJK

2-Tarikh : 29 Mei 2009
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMA Shamsuddiniah
Kehadiran : 15 AJK

3-Tarikh : 27 Jun 2009
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMA Shamsuddiniah
Kehadiran : 112 (Ibubapa Dan AJK)

3.0 AKTIVITI PIBG 2009

1. Menganjurkan minggu orentasi pelajar baru sesi 2009.
2. Sumbangan wang untuk membeli langsir dewan, langsir kelas SMA Shamsuddiniah
3. Sumbangan wang hadiah untuk Ihtifal Sukan peringkat SMA Shamsuddiniah 2009.
4. Sumbangan wang hadiah untuk Ihtifal Ilmiah peringkat SMA Shamsuddiniah 2009.
5. Sumbang wang perjalanan untuk pergi Ke Ihtifal Sukan di Maahad Johor Baharu.
6. Sumbang wang perjalanan untuk pergi Ke Ihtifal Sukan di Maahad Johor Baharu.
7. Sumbangan yuran pelajar ke Kem Cintai Rasulullah SAW di Kem Sembrong Kluang Johor.
8. Sumbangan yuran kepada pelajar mengikuti Kem Motivasi SMART Learning oleh Dr Asmadi di SMA Loghatul Quran, Kesang Tasek, Ledang, Johor.
9. Mengadakan Mesyuarat Agong PIBG SMA Shamsuddiniah 2009
10. Menganjurkan Hari Terbuka dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
11. Sumbangan hamper cabutan bertuah untuk Ibu bapa yang menghadiri hari terbuka SMA Shamsuddiniah 2009.
12. Membeli mesen rambut untuk kegunaan pelajar SMA Shamsuddiniah
13. Sumbangan Yuran pelajar PMR dan SPM menghadiri “Bengkel Menjawab Peperiksaan PMR dan SPM” di SMA Loghatul Quran, Kesang Tasek, Ledang
14. Membiayai kelas-kelas tambahan guru-guru SMA Shamsuddiniah

KAKITANGAN SOKONGAN SMAS

KAKITANGAN SOKONGAN SMA SHAMSUDIINIAH 2009

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT NO TELEFON JAWATAN

1
AHMAD HAMBALI BIN HJ. SHAMSUDDIN

640701-01-5949
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR
06 – 9728818
013 – 6940978
PENYELIA SEKOLAH DAN ASRAMA


2
NOR FADZILAH BINTI JAIS
731126-01-5806
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

06 – 9728063
019 – 6422089
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)


3
MOHD HAMIM BIN MISTAM
810617-01-6403
87, KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

012 – 3730451
PEMBANTU TADBIR (PENTADBIRAN)


4
RAHIM BIN NORDIN

550529-01-5939
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

06 – 9727134
PEKERJA AM RENDAH

5
WONIMAH BINTI KEMI
530325-01-5546
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

06 – 9727032
PEKERJA AM RENDAH

6
OTHMAN BIN KARDI
650730-01-5031
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

06 – 9728049
012 - 3269651
PENGAWAL KESELAMATAN

7
JAMAL BIN KARDI

620817-01-5627

KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

013 – 6954527
PEKERJA AM RENDAH

8
FAIZOL BIN JAFAR

710517-01-6467

KAMPUNG PARIT SAWAH, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

013 – 6527913
PENGAWAL KESELAMATAN


9
SRI INTAN BINTI KAMARUZAMAN 860203-23-6524 87, KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR 012 – 3327971 PEMBANTU KERANI

10
AZIZURRASYID BIN JUKI
760227-01-6237
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR
012-6940772
PEKERJA AM RENDAH


11
ZARITH SOFIA BINTI ZAMANI

870401-23-5150
99, KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR

013-6181586
PEMBANTU KERANI

12

MOHD JUNID BIN SARIF @ MOHD ALI
820207-01-5551

92, KAMPUNG PARITMEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR
012-2743827
PENGAWAL KESELAMATAN

GURU-GURU SMAS

SENARAI TENAGA PENGAJAR 2009
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHAMSUDDINIAH

BIL NAMA JAWATAN KELULUSAN
AKADEMIK MULA BERKHIDMAT ALAMAT NO TELEFON

1
MOHD SAMSI BIN HUSSIN

PENGETUA
IJAZAH SARJANA MUDA (KEP) USULUDDIN, UKM, DIPLOMA PENDIDIKAN
1 JANUARI 2009
68, JALAN ABU BAKAR,
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR
06 – 9728003

2
AHMAD RAZUAN BIN KATIMIN

GPK. PENTADBIRAN
STPM
DIPLOMA PENDIDIKAN (SAINS) IPPM
1 FEBRUARI 1995
KG. PT. MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG,
JOHOR

06 – 9727325

3
MOHD KASBOLLAH BIN MOHD SATARI
GPK HEM
DIP. PENDIDIKAN, MPIK
1 JANUARI 1999
NO. 24 KG. PARIT KASSIM, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR

06 – 9764163
013 -6136751

4



LUKMAN BIN MD SAWARI
GPH KOKURIKULUM
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIAH, MESIR
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM, MPI

16 JANUARI 2004
13, KAMPUNG PARIT KASSIM, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR
06 – 9763820
012 - 2470477

5
NORHAYAH BT. PANDI
GURU SPBT
SPM
2 JANUARI 1975
209 JALAN MANGGA,
TAMAN SRI JAYA, 84800
BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR

06 – 9762304

6
ROHAYU BT. UYOP
GURU PERPUSTAKAAN
STPM



14 DISEMBER 2004
NO 19, LORONG 3,
TAMAN WIRA, 84800
BUKIT GAMBIR, LEDANG JOHOR

06 – 9760459
013 – 6963938

7
MOHD. SAINI BIN RIDWAN

GURU KAUNSELING
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM, UKM
1 JANUARI 2002
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR.

06 – 9728093
013 – 6451120

8
AZLINA BINTI M KALAM
GURU
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH, MESIR
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM, MPI
6 JANUARI 2003
19, KAMPUNG PARIT SIMPANG, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR.

06 – 9728597
013 – 7800408

9
ZAWIAH BINTI OTHMAN @ SALLEH
GURU

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN TAFSIR & ULUM QURAN, MESIR
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM, MPI

16 JANUARI 2004
KAMPUNG PARIT SERI MENANTI, 83210 SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR.

07 – 4277375
013 - 7217375

10
ZAHARI BIN OTHMAN @ SALLEH
GURU DAN KETUA WARDEN ASPURA
IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN, UIAM
5 JANUARI 2005
KAMPUNG PARIT SERI MENANTI, 83210 SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR.
07 – 4277375


11
MOHD ZUNNURAIN BIN MOHD JUMAN
GURU DISIPLIN
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIAH, MESIR
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM, MPI

21 MAC 2005
NO 140, KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR.
013-7723879

12
MASLEINA BINTI MOHAMAD
GURU DAN KETUA WARDEN ASPURI
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER, UPM
21 MAC 2005
26A, KAMPUNG BUKIT KELICAP, 83200 SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR.

012-7517325

13
MOHD FIRDHAUS BIN JAILANI
GURU DAN WARDEN ASPURA
DIPLOMA TESL , KUTPM
2 JANUARI 2008
35-3, BATU ¼, TANJUNG AGAS, 84000 LEDANG, JOHOR.
017-6277195

14
MARLINA BINTI MOHD ISKAH
GURU
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMANUSIAAN, IIUM
2 JANUARI 2008
KM 17, KAMPUNG GAPAM,
77200 BEMBAN, MELAKA.

017-6887857

15
LIZAHALBI BINTI ISMAIL
GURU
IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN, UPM
16 JANUARI 2008
NO 1, KAMPUNG KURNIA SAKTI, 84710 KUNDANG ULU,
LEDANG, JOHOR.

017-9463002

16
NAJIAH BINTI MOHD SAMSI
GURU KOPERASI
IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI PEMUJUKAN, USM
2 MEI 2008
68, JALAN ABU BAKAR,
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR.

017-6121820

17
MUIZZAH BINTI MOHAMAD
GURU


IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU, UIAM
2 MEI 2008
KAMPUNG SUNGAI JAYA, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR.
013-6481312

18
NUR HIDAYAH BT ABD HAMID
GURU


IJAZAH SARJANA MUDA (KEP) SASTERA, USM
23 JULAI 2008
KAMPUNG PARIT TEGAK LAMAN, MUKIM18, SRI MEDAN, 83400 BATU PAHAT, JOHOR.

013-7116885

19
ARBAIYAH BT MOHD SAMSI
GURU
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT, UITM

5 JANUARI 2009
68, JALAN ABU BAKAR,
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR.

012-3232264

20
MOHD SUKRI BIN ABD GHAFAR
GURU
IJAZAH SARJANA MUDA (KEP) PENGAJIAN ISLAM & BAHASA ARAB, AL-AZHAR
5 JANUARI 2009
68, JALAN ABU BAKAR,
KAMPUNG PARIT MEDAN, 84710 KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR.
017-7959075

21
MOIIN BIN SUPER
GURU TAHFIZ
IJAZAH SARJANA MUDA (KEP) USULUDDIN & DAKWAH, AL-AZHAR
5 JANUARI 2009
NO 4, JALAN SUDIR, KAMPUNG PENGKALAN BADAK, BUKIT KATIL, 75450 MELAKA.

013-6385429

22
ISMAZIAN BT MOHD PATANI
GURU KAUNSELING
IJAZAH SARJANA MUDA (KEP) PENGURUSAN PELANCONGAN, UITM
5 JANUARI 2009
LOT 4944, JDC 77/25, JALAN DURIAN CHONDONG, BUKIT SERAMPANG, 85210 JEMENTAH, JOHOR.

019-6878286

23
NOR FAEZAH BT MAHDAN
GURU IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (FIZIK KESIHATAN), UTM
5 JANUARI 2009
NO 95, TAMAN SEROM JAYA, SEROM 4, 84410 SUNGAI MATI, LEDANG, JOHOR.

012-2340519

24
MOHD NAWAWI BIN ALI MUSTOFA
GURU IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN – AKIDAH & FALSAFAH, AL-AZHAR
5 JANUARI 2009
NO 10C, KAMPUNG SRI LADANG DARAT, MK 12, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.

017-9809413

25
MOHD ZUKI BIN MAT AIL
GURU
IJAZAH SARJANAMUDA SYARIAH ISLAMIAH, AL-AZHAR

5 JANUARI 2009
193-2, JALAN BAKARIAH, 84000 MUAR, JOHOR
017-6583183

26
SUAIBATUL ASLAMIAH BT MOHAMAD
GURU DAN WARDEN ASPURI
IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU & SAINS KEMANUSIAAN , UIAM
20 JULAI 2009
NO 66, JALAN MASJID PARIT BUNGA, 84000 LEDANG, JOHOR

017-3528260

LAPORAN GPK(HEM)

LAPORAN GURU PENOLONG KANAN (HEM)

MESYUARAT KALI KE 3 GURU-GURU SMAS

PADA 20 NOV 2009.

1. Pengambilan Pelajar Baru:

a. Promosi memperkenalkan SMAS kepada Murid Tahun 6.

b. Edaran iklan

c. Mencetak iklan

d. Pengambilan terbuka pada 5 Dis 09.

e. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 pada 26 Dis 09.

f. Minggu Suai Kenal sehingga 3 Jan 10.

g. Penglibatan Alumni dalam minggu suai kenal

2. Lembaga Pengawas Sekolah:

a. Temuduga Pengawas lama

b. Temuduga Pengawas Baru

c. Pakaian Pengawas Baru.

d. Seorang Pengawas untuk 10 orang pelajar (1:10)

e. Program 1:10 merangkumi waktu prep dan perhimpunan

3. Cadangan baik pulih dan pembenaan:

a. Laporan kerosakan telah dihantar kepada Penyelia Bangunan

b. Baik pulih bilik penyelia asrama

c. Menyelenggara tingkap yang tidak boleh dibuka.

d. Membaik pulih kolam ikan

e. Mengosok meja yang compang-camping

f. Membuat bendera sekolah

g. Menempah pakaian seragam tukang kebun/sapu

h. Menanam pinang merah

i. Menempah Vest untuk pengawal

j. Memasang PA Sistem di Balai Pengawal

4. Resuffle Kakitangan sekolah

a. Pembantu makmal - oleh JPS

b. Pengawal Keselamatan – oleh JPS

c. Pengambilan kakitangan baru – oleh JPS

5. Perjumpaan dengan Pengawal Keselamatan:

a. Pemeriksaan bag pakaian pelajar waktu masuk kawasan sekolah

b. Melakukan Rondaan

c. Tugas-tugas lain jika dikehendaki.

6. Perjumpaan dengan Kakitangan Sokongan

a. Etika kerja

b. Kerja sama-sama

c. Tolak ansur.

d. Budi bicara.

UCAPAN PENGHARGAAN




مدرسة شمس الدينية الثانوية

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHAMSUDDINIAH

Ucapan Penghargaan

قال الله تعالى : وَاعْتَصَمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَتَفَرَّقُوْا

Dengan Ini Disampaikan Ucapan Setinggi-Tinggi Penghargaan

Dan Terima Kasih kepada Guru Besar, Guru-guru dan

Para Pelajar Sekolah-Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat,

Kundang Ulu, Pencu, Sawah Ring,

Bukit Gambir, Pekan Spg 5, Spg 5 Darat, Pt Kassan

dan sekitar DUN Bkt Serampang & Pagoh

Yang tidak dapat disebutkan satu persatu di ruangan ini,

di atas kerjasama

Membenarkan Program Promosi Sekolah Menengah Shamsuddiniah

pada sepanjang bulan November 2009 yang lalu.

Semoga Bertambah Erat ikatan silaturahim.

Pengetua TARIKH : 8 hbNovember 2009

SMA SHAMSUDDINIAH

KERTAS CADANGAN MODUL PENGAJARAN KELAS TAHFIS

BENGKEL PENYEDIAAN

MODUL

MEMPERKASAKAN PELAJAR

DALAM BIDANG TAHFIZ

SEKOLAH MENENGAH AGAMA

NEGERI JOHOR

TAHUN 2009

KERTAS CADANGAN

MODUL

TEKNIK DAN ALAT BANTU MENGAJAR

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KURIKULUM TAHFIZ AL QURAN

SEKOLAH MENENGAH AGAMA

NEGERI JOHOR.

OLEH:

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang

USTAZ NURZAIDI BIN MAHMOD

USTAZ ZULKARNAIN BIN MASRAN

USTAZ MOHD FIRDAUS BIN MAHFODZ

Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Parit Medan

USTAZ AHMAD RAZUAN BIN KATIMIN

USTAZ HJ MOHD KASBOLLAH BIN HJ MOHD SATARI

USTAZ MOIIN BIN SUPER

Sekolah Menengah Agama Khairiah, Segamat

USTAZ MASIRAN BIN BASIR

USTAZ AWIS BIN AYUB

USTAZ ABD MANAP BIN RAHMAT

ANJURAN:

SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR

UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR



KERTAS CADANGAN

MODUL ALAT BANTU MENGAJAR DAN TEKNIK

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURIKULUM TAHFIZ AL QURAN

SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR.

BIL

TEKNIK

ALAT BANTU MENGAJAR

1.

Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada

beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.

2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian

(2 atau 3 bahagian) yang sesuai.

3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya

mengikut pertukaran cerita.

4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah,

hizib, rubu', cerita dan sebagainya.

5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10

juz dan sebagainya.

Kad imbasan

Bahan:

kad manila

Kertas sebak

Bahan elektronik:

Microsoft word

Microsoft powerpoint

LCD/PC

2.

Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima

kali sebelum mula menghafalnya.

2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kalisebelum

berpindah ke ayat seterusnya.

3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang

beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.

4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum

diteruskan ke muka surat seterusnya.

5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang

bahagian yang sebelumnya.

Hardware:

Walkman

Radio kaset

MP3

HP Myiman

Software :

Al quran digital

Mp3 audio

3.

Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.

2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.

3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali

kepada mashaf.

4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut

dengan mata tertutup.

Bahan:

Gambarajah

Replika mulut

Software:

CD al quran

4.

Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.

2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang

kedua.

3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang

pertama.

4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

Mushaf al Quran

5.

Teknik Mendengar Kaset/cakera padat

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa

qari' bagi surah-surah tertentu.

2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin

dihafal beberapa kali.

3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga

terpahat di fikiran.

4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari'

tersebut.

5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau

tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu

penghafalan.

Radio kaset

Walkman

Pemain mp3

Audio al quran- qari bangsa Arab cthnya Mahmud Khalil al Khusairy

6.

Teknik Merakamkan Suara/ latih tubi

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset. Dengar semula untuk

memastikan bacaan / hafalan yang betul.

2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu bapa atau guru kemudian

diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak

tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga

menghafalnya.

Perakam suara

Software al Quran

7.

Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.

2. Kemudian semak semula dengan mashaf.

3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau

setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

Alat tulis

8.

Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.

2. Setiap kotak merupakan satu muka surat.

3. Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi

keyword bagi mukasurat tersebut.

4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

Alat tulis

9.

Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.

2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan tersebut dan

bayangkan posisi-nya di minda kita.

3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana

yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan

ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

Walkman

Hand phone pelbagai fungsi

10.

Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat

pertama rubu' tersebut dicabangnya.

2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau

rubu'.

3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang

lebih kecil bagi rubu'.

Alat tulis

Lembaran bercetak.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.

2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.

3. Lazim menunaikan solat hajat kepada Allah.

4. Lazim mengerjakan solat Taqwiyatul hifz.

5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.

6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.

7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk.

8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.

Lampiran 1

Masalah yang dihadapi di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz :-

1) Kekurangan tenaga pengajar subjek tahfiz

2) Kekangan masa pengajaran dan pembelajaran subjek tahfiz

3) Bebanan subjek yang terlalu banyak iaitu SMRA dan SMA

4) Pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan untuk menghafaz dengan cepat

5) Pelajar yang lemah dari segi penulisan dan tajwid

Cadangan Alat Bantu Mengajar sesi pengajaran dan pembelajaran tahfiz.

1) Digital Al-Quran

§ Membantu pelajar memperbaiki bacaan Quran dengan mendengar bacaan imam yang masyhur.

§ Menjadi alat bantuan bacaan dan ulangan hafazan pada waktu lapang.

§ Membantu melahirkan minat pelajar menghafaz dengan menggunakan media elektronik.

§ Membantu guru memperdengarkan bacaan Al-Quran.

2) Kad Imbasan / Manila Kad / Kertas Sebak

§ Membantu dan melatih pelajar menguasai ilmu tajwid.

§ Digunakan dengan melihat hukum tajwid potongan ayat-ayat al-Quran

§ Membantu menerangkan hukum-hukum tajwid

3) LCD / Komputer

§ Membantu memberikan paparan menarik pada kelas ulangan

§ Melatih pelajar mendengar bacaan Al-Quran.

4) Gambarajah / Replika mulut

§ Menunjukkan kedudukan makhraj huruf